Wednesday, June 22, 2011

Bikin Panas je.

Assalamualaikum w.b.t

Ahaa, bukan bikin panas yang Melodi ye. Ni bikin panas baik punye cerita. Realiti bukan fantasi. HAHA. Dua tiga empat lima hari lepas aku agak busy, tahu tahu jelah sebab apa. Okay, tak tahu? Dan taknak tahu? Takpe takpe aku kasitau jugak. Aku tengah duk asyik membereskan hal hal untuk masuk kolej je, takde mende yang spesel sangat pun kan. *peace. :)

So untuk dijadikan cerita dua hari lepas aku keluar men'settle'kan urusan yuran pendaftaran. Encik kolej mara banting suruh buat bank draf, yang mana memang aku taktau lansung macam mana nak buat. *korang tahu ker? heheLepas tu aku tanya la mekya.


"Ni daa, awak tahu dok pejabat lembaga hasil dekat chukai utama orh? rasenya kena buat dekat situ kot."

Lebih kurang macam gitu la ayat dia. Haha. Aku pun try la pi sana.

aku. akak dekat pejabat lembaga hasil.

emm, kak. kalau nak buat bank draf kat sini ke? Gini dik, kite dok buat bank draf kat sini. kena buat dekat bank. Oooo.

Bergerak ke Cimb Bank. Jalan kaki. Melintas jalan besar. Jalan sikit lagi. Sampai. Masuk masuk je cimb bank, aku tanya la pakcik berkopiah dekat kaunter pertanyaan tu pasal nak buat bank draf ni. Dia kasi aku borang, suruh aku isi.

"Pakcik!! Ape ni?? saya tak pahammm la. Tolong lahhh. Adoiii." Aku complain. Tapi dalam hati jelah.

Hehehe. Serius tak paham weh. Sakit hati la jugak. Tapi aku pun isi jelah borang tu dengan mengaplikasikan pengetahuan yang aku ada. Isi punya isi aku pun konpius. Last last jumpa balik pakcik berkopiah tu. Aku tunjuk la dekat dia borang yang aku isi tu. Dia pun kate ok je lepas tu suruh aku ambik nombor giliran.

Tett. 1020. Kaunter 2. Okaih, giliran aku.

aku. pegawai dekat kaunter 2.

Awak nok buat mende ni? Bank draf. Untuk mende? Bayor yuran Mara, dia suruh buat bank draf. Aku pun hulur la surat Mara. Ni salah isi ni, sepatutnya pemohon nama awak bla bla bla.  Ooo, kena isi semula ah. tapi maklumat lain betul doh kan? Ke ada kena isi mende lain lagi? Sape yang suruh isi ni? Pegawai yang dekat kaunter depan tu.   Kite sebenarnya dok buat bank draf. Bank check je. Tapi bank lain dok tahu la. Tapi Mara nok bank draf je. Saye dok tahu la tu, try bank lain la.

Alahai, aku pun agak agak bengang jugak sebenarnya time tu. *Sakit jiwa, sakit hati, sakit mata, macam macam sakit la. Agak agak time aku nak blah dari bank tu, ayah aku terjumpa kawan dia. Pekerja dekat bank cimb tu jugak la. Dia tanya la. Panjang lebar jugak diorang borak. Aku sengih je, malas nak menyampuk. Hehehe. *bajetbaiklakatekan.

Kawan kepada ayah aku tu pun hairan dengan jawapan pegawai dekat kaunter 2 tu. Dia bawak aku punye borang masuk office. 5 minit lepas tu dia keluar.

"Boleh je buat kat sini. Bank check dengan bank draf sama je. sekarang ni dok guna doh bank draf. Awak isi borang baru eh."

 Haaaa, tu dia. Mana pakcik berkopiah dengan pegawai dekat kauter 2 tu? Dapat dek aku memang kena diorang. HAHAHA, acah je. Haish, panas juge la aku time tu. Aku pun dengar gumbira isi semula borang yang sama. 3 borang pulak tu. Ya Allah. Sabor jelah.

Tengah tengah duk isi borang tu ada la 2 orang minah mai sebelah aku. Intai punya intai rupa-rupanya si kembar Amalia dengan Amalina dan juge Faizrul. HAHAHA. Dan bagi menambah elemen kejutan, si kembar tu pun sama tempat dengan aku. KMB. Kos perubatan. Adooyai. Aku jugak puak aku. HUAHUAHUA. *gelaksakan.

Ouh ouh ouh. Lupa daaaa. Ada sorang lagi pegawai bank tu yang baik hati sangattt tolong aku. Dia check borang aku,ada la baiki sikit sikit, lepas tu dia tolong ambik nombor giliran. Borak borak sikit sementara tunggu giliran aku buat kali kedua. Aku memang takmoh kasitau kat sini tapi credits untuk pakcik tu la. HAHAHA. Beliau adalah bapak kepada hafiz a.k.a Apih Omar. Bangge ah tu Apih orh. Terimakasihbanyakbanyak pakcik Omar yep. *peace peace.


 Dan itu sahaja ceritanya. The End. HAHA. Okaih. Till next post. 


Salam. 
See ya.
 
 

No comments: